Thursday, April 14, 2016

LIRIK

BuKaN BeLaS BuKaN SiMPaTi



Terdengar burung berkicauan Ke sana sini terbang berkawan Sedangkan diriku keseorangan Dalam dahaga kasih dan sayang Tiada beribu dan berayah Tiada saudara hendak bermanja Andainya engkau pepohon nan rimbun Bawah bayangmu aku menumpang MENANGIS KU SENDIRI KETAWA PUN SENDIRI
BERPANJANGAN KERESAHAN HATI INI
SIAPALAH YANG TAHU
SAKIT PENING DIRIKU
TIADA BERTEMPAT KU MENGADU
BUKAN MENGEMIS BUKAN MEMINTA
HATI TERHIRIS KU PENDAMKAN SAJA
Bukannya belas bukan simpati
Niat yang ikhlas letaknya di hati Ku dengar burung menyanyi Berterbangan bebas di angkasa Walau sesekali terasa iri
TABAH KU TERIMA TAKDIR YANG ESA

http://google.com.my

Friday, April 8, 2016

Just nak try uji bakat keras tangan aku... mmg lama sgt tak buat kerja tangan gini...
Ni project doorgift untuk majlis resepsi anak perempuan sulong sepupu aku Zainah Yun Abdullah.
Alhamdulillah berjaya diselesaikan dlm masa yang dijadualkan walaupun byk halangan masa....
Walaupun tak banyak mane tapi saja untuk tambah2 doorgift yg ada jerrrr...

So saper2 yang rasa nak booking doorgift gini boleh jer. Ringan2kan tangan pm yeq!

Sama macam flower buoquet biasa cuma aku buat dalam saiz yang lebih kecil dan diselitkan dengan sudu n garfu sebagai sevounir tambahan... Nampak lebih exclusive gituuuu.
Bayangkan seolah2 ada orang bagi hadiah jambangan bunga kat kita laaaaa....  BEST kan?
Mehhhh la cuci mata.....


Sunday, April 11, 2010

PASTI - MEGA

Buat insan yang pernah singgah dihati ku....
(AG)

Semenjak aku kehilanganmu
Sekitar maya ku berubah
Tiada lagi halusnya kidungmu
Yang ketika dulu
Kau lakukan untukku

Sepi mencengkam
Resah berpanjangan
Wajahmu bermain di ingatan
Yang tinggal kini
Airmata cinta telah membasahi kolam hatiku

Pasti kau di saat ini
Berselindung di balik wajahnya
Aku tak lagi kau hiraukan
Terlontar jauh dari hatimu
Bagaikan mawar terkulai sepi
Tak lagi bererti

Mengimbas kenangan di masa silam
Aku terkenangkan janjimu
Tiada lagi kesempatan untukku
Memilikimu seperti dulu....



- Kemaafan Dendam Yang Terindah -

Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi

Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka

Kekasih ku...
ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula
Kekasih ku... tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja...
Kemaafan dendam yang terindah...

Kehangatan mentari dingin salju
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci...

Monday, August 17, 2009

WET KITCHEN
















































Salam,
Agak lama tak jengok blog ni. RINDU lak rasanya. Sibuk sikit dengan aktiviti harian. Hari ni aku nak kongsi dengan semua pasal wet kitchen aku. Setelah sekian lama, akhirnya kitchen kabinet aku ni siap gak walaupun baru 75% . Agak mengecewakan sebab aku dah buat tempahan sejak 5 bulan lepas.
Agak simple dan aku bercadang untuk buat konsep inggeris kat dapur aku ni tapi tak tau la bila boleh mulakan. Aku tengah mengikuti kelas Fork Art dan bila dah teror nanti baru boleh tunjuk bakat melukis tu..... ha..ha...ha...ha ....
Pasti aku akan updated blog ni lagi.












Wednesday, June 3, 2009

DRY KITCHEN















































Untuk ruang makan (dry kitchen) aku pilih warna hitam merah. Walaupun nampak gelap tapi agak menarik. Kat ruang ni aku buat satu counter bar. Bukan apa untuk tempat makan kalau tetamu yang datang tu ramai sebab set meja makan aku cuma ada enam kerusi je. kalau lebih dari enam orang tetamu terpaksa bukak tikar dan makan kat lantai. Tak best lah kan! Ramai gak yang bertanya ada counter ni aku berniaga apa????? Hahaha......

Dinding yang kosong tu aku gantung dengan cermin besar tapi dah tergantung terlalu tinggi. Aku biarkan je sebab malas nak buat kerja dua kali. Aku ni penggemar kulit siput. Kalau ke pantai aku mesti kutip kulit siput. Tapi untuk perhiasan ni aku beli je sebab bentuk dia lebih menarik dari yang aku kutip tu.


Ruang diantara dinning dengan kawasan bilik air ni aku bina dengan glass block agar tak nampak ketara sangat bilik air tu. Bukan apa kang tak lalu pulak orang nak menjamu selera. Dinding yang kosong aku letak sink untuk mencuci tangan dan cermin muka bersaiz kecil mengikut warna tema iaitu hitam merah.


http://www.arinadeco.blogspot.com/

























































Followers